HAK 40% SABAH - SAYA AKAN SAMPAIKAN UCAPAN DI KONVENSYEN RAKYAT MALAM INI - EWON
- nabalunews
- 59 minutes ago
- 1 min read

13 November 2025
1. Saya hargai Penerangan YAB Perdana Menteri di Parlimen hari ini yang menghormati hak 40% Sabah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
2. Juga mengambil maklum akan rayuan yang akan difailkan ke atas alasan penghakiman. But an appeal is an appeal.
3. Selama 3 tahun dalam Kabinet Persekutuan, saya konsisten menyatakan pandangan dan pendirian saya bahawa hak 40% Sabah adalah hak perlembagaan yang berlainan dengan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk Sabah di bawah Senarai Persekutuan (Federal List).
4. Sepanjang tiga tahun itu juga, jawapan balas yang diberikan kepada saya adalah sama dengan jawapan yang diberikan di Tamu Gaya Street.
5. Penghakiman Bertulis oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober berkaitan hak 40% Sabah merupakan DOKUMEN WAJIB BACA DAN DIMILIKI oleh semua rakyat Sabah.
6. Kita harus raikan wira sebenar Sabah; (i) Sabah Law Society, dan (ii) Pemuda di Tamu Gaya Street yang bertanya “bila mau bayar 40%?”.
7. Pilihanraya Sabah kali ini harus menjadi referendum untuk mempertahankan hak 40% ini, dengan menyokong parti-parti tempatan, supaya perjuangan hak Sabah lebih berkesan.
8. Saya akan menyampaikan ucapan di Konvensyen Rakyat dan Pelancaran Jelajah “Sabah First” di Dewan Gawir, Kg Madsiang, Penampang pada malam ini.
9. Kita tidak mampu berkonvensyen di pusat bandaraya. Kita dari kampung, mula dari kampung, ke seluruh kampung.
EWON BENEDICK
Presiden UPKO














