top of page

Tolak Pebahasan Menyentuh Sensitiviti Agama

nabalunews
2 days ago
1 min read

Updated: 51 minutes ago


1. Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Barisan Nasional, YB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir hari ini susulan tular video seorang pembahas di Persidangan Agung UMNO yang menyentuh sensitiviti penganut Kristian, khususnya Katolik.


2. Saya menyatakan kepada beliau perbahasan tersebut tidak membantu pembinaan negara bangsa Malaysia lebih-lebih lagi bagi Sabah dan Sarawak yang menubuhkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 antara lainnya bersetuju jaminan penganutan agama kepada rakyat.


3. Saya menghubungi beliau kerana semasa di Kabinet Persekutuan, kami berdua banyak berkongsi soal hubungan rakyat dalam konteks kepelbagaian agama, lebih-lebih lagi beliau mempunyai pengetahuan matang mengenai agama Kristian semasa melanjutkan pengajian di USA.


4. Saya menghubungi beliau kerana saya percaya beliau boleh menyampaikan mesej disiplin kepada perwakilan BN dan UMNO agar sama-sama memastikan sempadan dalam setiap perbahasan terutama yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum.


5. Beliau telah mengongsikan kepada saya kenyataan maaf daripada perwakilan UMNO tersebut dan berharap kenyataan tersebut dapat meredakan bahang reaksi daripada masyarakat Kristian.


6. Kita boleh berbeza parti, berbeza pemimpin yang disokong, berbeza ideologu politik dan pendekatan kepimpinan, tetapi apa juga perbahasan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum harus ditolak.


Ewon Benedick

Presiden UPKO

14 September 2026

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page