top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga runcit petrol dan diesel kekal – MOF


6 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh seminggu bermula 6 Julai sehingga 12 Julai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).


Beliau berkata, langkah ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global yang telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan.


"Kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," kata MOF dalam satu kenyataan.


MOF berkata, harga runcit petrol RON97 juga kekal pada RM3.37 seliter.


MOF turut memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Harga runcit petrol dan diesel diumumkan setiap minggu oleh MOF berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).



Comments


bottom of page