top of page

Hari ANZAC kenang pengorbanan pejuang Perang Dunia Kedua

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 2 min read

24 April 2026


KOTA KINABALU: Jasa dan pengorbanan pejuang Perang Dunia Kedua terus dikenang menerusi Sambutan Hari ANZAC yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, di sini, hari ini.


Sambutan dimulakan dengan acara tabik hormat dan perarakan masuk penjaga tugu atau Mounting of the Catafalque Party oleh anggota tentera Australia sebelum lagu 'Negaraku', 'Sabah Tanah Airku' dan lagu kebangsaan Australia iaitu 'Advance Australia Fair' dimainkan disusuli tiupan 'Last Post' oleh Markas Briged Kelima Infantri Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Acara dimulakan dengan tabik hormat serta perarakan masuk penjaga tugu atau Mounting of the Catafalque Party oleh anggota tentera Australia sebelum lagu 'Negaraku', 'Sabah Tanah Airku' dan lagu kebangsaan Australia iaitu 'Advance Australia Fair' dimainkan.

Ia kemudiannya disusuli tiupan 'Last Post' oleh Markas Briged Kelima Infantri Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Seterusnya, semua yang hadir bertafakur selama 30 saat bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua demi mempertahankan kedaulatan negeri ini, khususnya di Sabah.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun yang mewakili Ketua Menteri mendahului istiadat meletakkan karangan bunga di tugu berkenaan.


Turut meletakkan karangan bunga ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Simon Fellows; wakil Setiausaha Persekutuan Sabah, Patrick Laing Ngau; wakil Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Sr. Lifred Wong, serta wakil Panglima 5 Divisyen, Leftenan Kolonel Alphonsus Radsung@Benedict.


Selain itu, wakil Pesuruhjaya Polis Sabah, ACP Cyril Edward Nuing@Hillary; wakil Laksamana Pertama Maritim, Leftenan Komander Maritim Haw Vui Fung; serta Commander 1st Australian Division, Mejar Jeneral Ash Collingburn.


Sebelum upacara berakhir, tiupan ‘Rouse’ dan tabik hormat dipersembahkan oleh 13 kontinjen, antaranya Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia serta Jabatan Imigresen Malaysia.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page