Hari Malaysia tidak pernah disambut di SemenanjungHari Malaysia tidak pernah disambut di Semenanjung
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Hari Malaysia tidak pernah disambut di Semenanjung



10 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) mempersoalkan kerajaan sama ada telah merancang untuk mengadakan Sambutan Hari Malaysia di Kuala Lumpur atau di Putrajaya pada tahun hadapan.


Menurutnya, sambutan itu telah berulang kali disambut hanya di Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir sejak 2011.


“Sambutan ini diadakan sebagai satu proses untuk mendidik rakyat Malaysia ke arah pembinaan sebuah negara yang bersatu padu, yang bangga dengan negaranya dan patriotik.


“Sambutan ini bukan setakat acara rutin iaitu hanya diadakan semata-mata pada setiap tahun. Belum lagi pernah sambutan ini di ibu kota Kuala Lumpur atau di Pusat Pentadbiran Putrajaya,” katanya dalam ucapan perbahasan bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Sidang Parlimen Dewan Rakyat, pada Rabu.


Madius turut mempersoalkan program-program penting yang bakal menjadi pengisian sekiranya sambutan Hari Malaysia diadakan di Kuala Lumpur.


“Apakah Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan supaya diadakan pameran besar-besaran berkaitan proses dari awal pembentukan Malaysia termasuk cabaran, perjanjian, perakuan dan jaminan-jaminan yang telah dibuat?


“Ia perlu bagi memberi kefahaman kepada seluruh rakyat sekali gus mencapai matlamat ke arah membina sebuah negara Malaysia yang patriotik dan bersatu padu. Sudah tiba masanya satu perubahan besar dilaksanakan.


“Mudah-mudahan pada minggu depan apabila dibentangkan pindaan Perlembagaan Artikel 160 (2), tarikh sebenar Hari Malaysia ini juga dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Kedudukan sebenar Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga dikembalikan seperti dalam perlembagaan asal. Biarlah tahun hadapan akan menjadi permulaan kita membina Malaysia ini seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata Madius.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page