Hubungan Baik Kerajaan Persekutuan dan Negeri Penting Untuk Sabah
- nabalunews
- Oct 6
- 1 min read

6 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan amat penting dan dilihat sebagai kunci kepada masa depan serta kemajuan Sabah.
Kerjasama erat itu membolehkan Sabah mencapai beberapa kemajuan penting termasuk penurunan sembilan bidang kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hubungan yang baik antara kedua-dua kerajaan ini perlu diteruskan kerana kerajaan negeri adalah GRS-PH.
“Kita mesti tahu bahawa hubungan negeri dengan Persekutuan amat penting sekarang untuk masa depan dan kemajuan Sabah.
“Usaha mengekalkan hubungan baik ini tidak bermakna kerajaan negeri harus berkompromi dalam mempertahankan hak negeri, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai keseimbangan antara menjaga kepentingan Sabah dan kepentingan negara,” katanya.
Hajiji berkata demikian ketika mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.


















Comments