top of page

Hujan lebat, angin kencang dijangka landa beberapa kawasan di Sabah dan Labuan

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

3 Januari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah.


MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga 9 malam ini.


“Antara daerah yang dijangka terlibat di Sabah adalah kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, selain Kota Marudu serta Kudat.


“Turut mengalami cuaca sama ialah kawasan Pantai Barat membabitkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran serta Kota Belud,” menurut kenyataan yang dikeluarkan petang ini.


MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.


Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page