top of page

‘I Care Kadamaian’ sumbang katil boleh laras kepada pesakit terlantar

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

Oleh Kidd 22 Julai 2026


KOTA BELUD: Program ‘I Care Kadamaian’ meneruskan misi kebajikannya dengan menyampaikan sumbangan sebuah katil boleh laras kepada seorang pesakit terlantar di Kampung Tuguson, di sini.



Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Kelab Kebajikan Kadamaian, Shainim Epin bersama Pemaju Mukim Kadamaian, Hadlee Panchai serta kakitangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian kepada Tarini @ Beneh binti Kandi yang kini memerlukan penjagaan rapi berikutan keadaan kesihatannya.



Katil boleh laras itu diharap dapat memberi keselesaan kepada penerima di samping meringankan beban keluarga dalam menguruskan penjagaan hariannya.


Program yang digerakkan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Kadamaian, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian dan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian itu merupakan inisiatif kebajikan berterusan bagi membantu pesakit terlantar, warga emas serta keluarga kurang berkemampuan di kawasan Kadamaian.


Inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam memastikan kebajikan rakyat di kawasan itu terus diberi perhatian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page