top of page

Insiden Video Tular Pelajar Bergaduh Sudah Diselesaikan Secara Baik.- Polis

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

7 November 2025


RANAU: Polis mengesahkan insiden pergaduhan melibatkan dua pelajar yang tular di media sosial, sejak semalam, sudah diselesaikan secara baik.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menegaskan, kejadian berlaku berhampiran sebuah gerai makan, iaitu kira-kira 20 meter dari pintu utama sekolah.


Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan yang tidak melibatkan sebarang kecederaan serius itu berpunca daripada ejekan terhadap motosikal milik salah seorang pelajar.


Katanya, pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa serta pelajar terlibat dan hasil perbincangan, semua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.


“Semua pihak bersetuju menyelesaikan isu ini di peringkat sekolah tanpa melibatkan laporan polis, memandangkan kedua-dua pelajar mempunyai hubungan kekeluargaan.


“Sebagai langkah tatatertib, kedua-dua pelajar ini akan menjalani tindakan disiplin selepas lembaga disiplin sekolah berkenaan mengadakan mesyuarat nanti,” katanya.


Menurutnya, pihak polis dan sekolah ingin menegaskan bahawa keselamatan dan disiplin pelajar sentiasa menjadi keutamaan.


“Pihak IPD Ranau menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga privasi dan masa depan pelajar terlibat,” katanya.

 
 
 

1 Comment


Kate Bulba
Kate Bulba
8 minutes ago

Good!

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page