top of page

Institusi pendidikan perlu patuhi garis panduan penganjuran program, penerimaan sumbangan - KPM

nabalunews

22 Julai 2024


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan agar pentadbir di semua institusi pendidikan di bawahnya untuk mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.


Kenyataan KPM itu susulan tularnya isu tajaan program sekolah oleh syarikat minuman keras baru-baru ini.


Insiden itu kini disiasat KPM.


Menurut KPM, garis panduan sedia ada jelas melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya.


"KPM mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat," kata KPM dalam satu kenyataan hari ini.


"Namun ini perlu dilaksanakan berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018," tegas kenyataan itu lagi.


KPM sentiasa proaktif menangani gejala sosial dalam kalangan generasi muda menerusi pelbagai program kesedaran serta pendidikan pencegahan yang dianjurkan di sekolah.


Oleh itu, kementerian mengambil perhatian serius isu penganjuran program amal di sebuah sekolah yang melibatkan sumbangan syarikat minuman keras seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.


"Isu ini berada dalam perhatian KPM dan siasatan lanjut sedang dijalankan," kata KPM.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page