top of page

Pembangunan Kadamaian Terus Diberi Perhatian, Pemimpin Tempatan Hargai Keprihatinan Ewon

  • nabalunews
  • Jun 7
  • 2 min read

ree

7 Jun 2025


KOTA BELUD: Pemimpin tempatan menghargai keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang terus memberi perhatian terhadap pembangunan komuniti melalui pelbagai bentuk bantuan.


Mereka menyifatkan sumbangan tersebut sebagai bukti keprihatinan Ewon terhadap pembangunan kampung dan kebajikan rakyat di bawah pimpinannya.


Ketua Kampung Kebidahan dan Bundu Lapak, Mujik Rasit berkata, sumbangan Sentuhan Kasih berjumlah RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan digunakan untuk menaik taraf astaka yang menjadi pusat kemasyarakatan kedua-dua kampung.

Dari kiri: Mohd Zaini Gandayot, Judin Roslan, Mujik Rasit
Dari kiri: Mohd Zaini Gandayot, Judin Roslan, Mujik Rasit

“Datuk Ewon merupakan menteri pertama yang datang ke kampung kami dan mendengar sendiri keperluan penduduk. Kehadiran beliau membuktikan keprihatinannya terhadap isu dan kebajikan kami,” katanya.


Selain itu, Gereja SIB Kampung Kebidahan dan Gereja SIB Kampung Bundu Lapak masing-masing menerima RM10,000 untuk keperluan gereja. Surau Ar Rashid Kampung Kebidahan turut menerima RM10,000 bagi pembelian karpet baharu dan kelengkapan lain.


Pengerusi surau, Mohd. Razi @ Maidal Rasit berkata, sumbangan itu amat bermakna dan akan dimanfaatkan sepenuhnya demi keselesaan jemaah.


Di Kampung Lasau Podi, Ketua Kampung Mohd Zaini Gandayot berkata, sumbangan sebanyak RM3,000 kepada tabung komuniti akan digunakan bagi tujuan kebajikan seperti bantuan tambang ke hospital, bantuan kepada pesakit terlantar serta sumbangan kematian.


Mohd Zaini yang juga Imam Masjid Al Mubarakh berkata, masjid tersebut turut menerima RM5,000, dengan RM2,000 diperuntukkan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, manakala RM3,000 bagi program ziarah kariah melibatkan 60 peserta dari Mukim Lasau.


“Kami sangat berterima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan ini. Ia amat bermakna dan akan meringankan beban kewangan dalam pelaksanaan program-program kebajikan dan keagamaan,” katanya.


JKKK Kampung Lasau Podi turut menerima RM10,000 untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan pertanian.


Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Lasau Lama, Judin Roslan berkata, sumbangan RM20,000 yang diterima akan digunakan bagi pelbagai projek pembangunan kampung.


"Ia termasuk penyelenggaraan jalan pertanian, pemasangan lampu dewan masyarakat dan pembaikan padang.


“Terima kasih atas keprihatinan Datuk Ewon terhadap pembangunan kampung dan kesejahteraan masyarakat kami,” katanya.


Dalam pada itu, Gereja SIB Kampung Lasau Lama turut menerima RM10,000 yang akan digunakan untuk membiayai kos penyediaan tapak gereja yang baharu.


Terdahulu, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan sumbangan ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di empat kampung di Kadamaian pada Jumaat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page