top of page

IPD Sandakan Buru Dua Lelaki Bantu Siasatan Kes Pembolosan

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

20 Februari 2026


SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang giat mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis 1967.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, individu pertama yang dikehendaki ialah Asmi Anak Belong yang beralamat di Rumah Junis, Jalan Stok, 96100 Sarikei, Sarawak.


Katanya, lelaki berkenaan dikehendaki berkaitan laporan polis bernombor Sandakan/019289/24 yang dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizzuddin Dahlan.


“Seorang lagi individu yang turut dikehendaki ialah Terry Oswald Lim Kuo Wei, yang beralamat di Kampung Kepayan, 88200 Kota Kinabalu.


“Lelaki ini dikehendaki bagi membantu siasatan kes bernombor Sandakan/019864/25, yang dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Che Ahmad Nazrullah Latiff,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Muhammad Faizzuddin ditalian 012-5390281 dan Che Ahmad Nazrullah ditalian 014-5916717.


“Pihak polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan kedua-dua individu berkenaan supaya segera menghubungi IPD Sandakan atau balai polis berhampiran.


“Orang ramai boleh menghubungi talian 089-212222, talian hotline 089-242222 atau Telefon Gerakan ditalian 019-2182060,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page