top of page

Banjir Sabah: 406 mangsa berlindung di 3 PPS petang ini

  • nabalunews
  • 12 hours ago
  • 1 min read

20 Februari 2026


KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan peningkatan petang ini apabila 406 orang daripada 124 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sejak pagi tadi.


Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa tersebut merupakan penduduk dari 24 kampung terjejas banjir di Kota Marudu dan Pitas.


Di Kota Marudu, 290 orang daripada 90 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek 2, meningkat berbanding 274 orang daripada 83 keluarga pada tengah hari.


"Pitas turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan seramai 116 orang daripada 34 keluarga berlindung di dua PPS petang ini berbanding 62 orang daripada 28 keluarga pada tengah hari.


"PPS Sekolah Kebangsaan Rukom menempatkan 78 orang daripada 24 keluarga, manakala 38 orang daripada 10 keluarga berlindung di Dewan Majlis Daerah," menurut kenyataan itu.


Empat lagi PPS akan dibuka masing-masing dua di Kota Marudu serta dua di Pitas, dan proses pendaftaran mangsa banjir sedang dijalankan.


Terdahulu, daerah Kota Marudu, Pitas dan Paitan diisytihar banjir pada 6 pagi tadi ekoran hujan berterusan sejak semalam.


Beberapa kawasan dan taman perumahan di Sandakan dilaporkan turut terjejas banjir seperti Kampung Pangeran, Taman Fajar dan Taman Merpati selain kejadian jalan utama dinaiki air dan pokok tumbang juga dilaporkan berlaku.


Operasi pemantauan turut dijalankan di beberapa kawasan berisiko banjir di Telupid. -BERNAMA

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page