top of page

JAMBATAN GANTUNG KAMPUNG LUNGKIDAU PAGINATAN TIDAK SELAMAT

  • nabalunews
  • Jan 30
  • 1 min read

29 Januari 2025


RANAU: Penduduk Kampung Lungkidau, Paginatan, terputus hubungan selepas jambatan gantung yang menghubungkan kampung berkenaan tidak selamat untuk digunakan.


Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, ia berikutan paras air sungai naik dengan deras akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.


Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak menggunakan jambatan gantung berkenaan kerana tidak selamat untuk digunakan.

“Penduduk terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berada di tempat yang selamat dan jauhkan diri dari kawasan rendah yang mudah banjir.


“Elakkan perjalanan jika tidak penting, terutamanya di kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir atau tanah runtuh,” katanya.


Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan supaya menyediakan bekalan kecemasan seperti air bersih, makanan, dan lampu suluh untuk menghadapi kemungkinan gangguan bekalan elektrik.


“Periksa sistem saliran di rumah anda dan pastikan tiada halangan untuk membolehkan air mengalir dengan lancar.


“Sekiranya tinggal di kawasan yang berisiko banjir, bersiap sedia untuk berpindah segera jika diarahkan pihak berkuasa dan bawa dokumen penting.


“Jaga keselamatan diri, keluarga serta sentiasa ikuti arahan dan amaran daripada pihak berkuasa tempatan atau agensi keselamatan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page