top of page

Kos Elektrik Sabah Dijangka Kekal

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 2 min read

5 April 2026


KOTA KINABALU: Negeri ini dijangka tidak akan terjejas dengan peningkatan kos tenaga elektrik disebabkan kenaikan harga minyak dunia berikutan perang Asia Barat.


Ia berikutan sebahagian besar tenaga elektrik di Sabah menggunakan gas yang disalurkan terus oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata walaupun perang yang berlaku di Asia Barat akan memberi kessn buruk khususnya harga minyak, namun kos tenaga elektrik dijangka mampu bertahan.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memantau dan kerajaan Persekutuan akan mengkaji impak peperangan ini dan sekiranya berlanjutan ia mungkin memberi kesan kepada semua.


“Tapi, yang baiknya kita punya tenaga elektrik, daripada 1,400 megawatt (MW), 1,100 MW dibekalkan dari gas PETRONAS, jadi kita tidak terkesan di situ.


“Cuma 300 MW dari diesel dan ini yang kita kena perhatikan, kalau harga diesel naik, kita pasti terjejas,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Bersama Media, di sini, pada Sabtu.


Hajiji berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadakan perjumpaan dengan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar pada Jumaat lalu.


Katanya, ia bagi membincangkan kesan yang mungkin dihadapi bukan sahaja Malaysia malah seluruh du ia akibat krisis di Asia Barat.


“Kita menghadapi krisis tenaga terutama di beberapa negara dan krisis ekonomi di sesetengah negara akibat harga minyak dan barang yang naik.


“Jadi, kita diminta memantau dan mengambil langjah yang patut bagi menghadapi keadaan ini,” katanya.


Sementara itu, Hajiji berkata, pelaksanaan perkhidmatan awam Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk menjimatkan tenaga dan belanja bermula 15 April ini diperingkat persekutuan akan dibincangkan di peringkat negeri.


“Ini satu perkara yang harus diberi tumpuan, rakyat harus faham walaupun perang berlaku di Timur Tengah, tapi kesannya dirasai semua.


“Bagaimanapun, di peringkat negeri cadangan BDR akan dibawa ke mesyuarat Kabinet negeri akan datang sama ada wujud keperluan untuk melaksanakannya atau tidak,”tegasnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page