Jamil Majingkin menang tanpa tanding ketua bahagian UPKO Kota Marudu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jamil Majingkin menang tanpa tanding ketua bahagian UPKO Kota Marudu


Ewon (tiga kiri) menerima borang keahlian baharu UPKO daripada Jamil.

9 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Bekas Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu, Jamil Majingkin menang tanpa tanding sebagai ketua bahagian itu bagi sesi 2022-2025.


Turut menang tanpa bertanding, Timbalan Ketua Bahagian Mat Lunad Agok, Naib Ketua masing-masing disandang oleh Reggy Walter dan Badurun Tamam.


Manakala Ketua Wanita Bahagian Upko Kota Marudu pula dimenangi oleh Norisa Mongintal, Timbalan Ketua Wanita (Wong Hen Tsu), Naib Ketua wanita masing-masing dimenangi tanpa tanding oleh Rita Otiwa dan Noumey Onggitom.



Bagi barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda Bahagian Upko Kota Marudu, Pillexson James menang tanpa tanding sebagai ketua Pemuda Upko bahagian itu,  Addy Lumanid (Timbalan Ketua Pemuda), Sanny Matuhah dan Jul Jasni masing-masing menang tanpa tanding naib ketua Pemuda.


Ketua Generasi Muda Bahagian pula diterajui oleh Dexter Reggy, Timbalan Ketua (Mayrel Moris) dan Naib Ketua Generasi Muda (Atnaliajuwits Jomius).


Penutupan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan UPKO Bahagian Kota Marudu disempurnakan oleh Naib Presiden UPKO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, di sini, hari ini.


Pada majlis itu Ewon turut menerima sebanyak 200 borang keahlian baharu Upko daripada 32 cawangan parti itu kawasan Kota Marudu.

bottom of page