Jangan Sebarkan Fitnah- Hamid Ismail, Peguam Keluarga Zara Qairina
- nabalunews
- 23 hours ago
- 1 min read

10 Ogos 2025
KOTA KINABALU: Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir memohon orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih.
Hamid Ismail berkata, suara jeritan meminta tolong dalam sebuah video yang tular kononnya suara arwah adalah tidak benar.
Katanya, perkara itu adalah fitnah dan orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan perkara seumpama itu.
"Ada tular di TikTok tentang video perempuan menjerit-jerit, itu bukan Zara. Netizen jangan sebar perkara fitnah, kita tidak mahu ada orang difitnah.
"Sokonglah ibu Zara yang emosinya sedang tertekan ketika ini," katanya kepada media di perkarangan Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, satu video yang hanya mengandungi suara perempuan menjerit-jerit meminta tolong dikaitkan dengan kes kematian Zara, tular di media sosial.
Hamid sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan meminta pengguna media sosial menghentikan penularan spekulasi, gambar, video dan maklumat peribadi pelajar sekolah yang dikaitkan dengan kes kematian Zara.
Hamid dan rakan guamannya, Shahlan Jufri turut mengeluarkan kenyataan meminta agar semua bahan yang dimuat naik di media sosial itu dipadam.
"Kepada mereka yang telah melakukan penyebaran di atas, kami memohon agar memadam video dan gambar tersebut.
“Spekulasi hanya menambah tekanan dan kesedihan kepada anak guam kami," katanya.
Komentarze