top of page

JCI Keningau Baru Jayakan Kempen Keselamatan Kereta “Check Dulu” Sempena Hari Raya

  • nabalunews
  • 43 minutes ago
  • 1 min read

26 Mac 2026


KENINGAU: JCI Keningau Baru berjaya menganjurkan Kempen Keselamatan Kereta“Check Dulu” dengan kerjasama Alfred Wong Enterprise dan Majlis Daerah Keningau.


Program itu bertujuan memastikan kenderaan orang ramai berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Melalui kempen ini, pemeriksaan asas kenderaan dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan.

Pengerusi Penganjur, Adoria Tan, memaklumkan bahawa program ini merupakan anjuran kali kedua di bawah inisiatif “Check Dulu”, selepas kejayaan kempen pertama yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina.


“Program ini akan diteruskan lagi pada tahun ini bersempena perayaan lain seperti Pesta Kaamatan dan Sambutan Krismas bagi memastikan keselamatan komuniti sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.


Sementara itu, Pengasas JCI Keningau Baru, Wilson Gan, menyifatkan inisiatif itu sebagai satu usaha murni oleh organisasi belia dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.


Beliau turut menekankan bahawa kerjasama strategik bersama Majlis Daerah Keningau merupakan faktor penting kejayaan program tersebut dan berharap lebih banyak kolaborasi dapat dilaksanakan pada masa akan datang.


“Kempen ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, khususnya ketika musim perayaan apabila jumlah kenderaan di jalan raya meningkat,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page