Jeffrey perlu permohonan maaf kali kedua, sertakan dokumen terperinci - Azhar
top of page
  • nabalunews

Jeffrey perlu permohonan maaf kali kedua, sertakan dokumen terperinci - Azhar


22 Julai 2022


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kali kedua berkaitan Saham Berbayar Hoch Standard Pte Ltd syarikat berpangkalan di Negara Singapura.


Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan, Azhar Matussin, berkata, meskipun permohonan pertama sudah dibuat melalui surat kepada Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) sekali gus dibacakan Speaker semasa persidangan 8 Julai lalu.


Katanya, selepas meneliti dokumen terbabit, Jeffrey baru menyedari angka USD$10 juta adalah jumlah pelaburan syarikat tersebut dan bukannya saham berbayar.


“Saya mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat dengan saham berbayar hanya USD$1,000 mampu membuat pelaburan berjumlah USD$10 Juta.


“Sekiranya ini betul bermakna syarikat itu mempunyai tanggungan hutang sekurang-kurangnya berjumlah USD9,999,000.


“Ini menunjukan syarikat adalah ‘Highly Geared” sekali gus tidak memiliki kecairan kewangan yang baik,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.


Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau berkata, beliau mencadangkan agar Jeffry memohon maaf secara terbuka sekali lagi sambil mengemukakan dokumen betul yang boleh menyakinkan DUN.


“Saya yakin selepas ini tidak wujud lagi kekeliruan apatah lagi pembohongan terhadap seluruh rakyat Sabah berkenaan isu ini.


“Saya juga hairan bagaimana seorang Timbalan Ketua Menteri yang berkelulusan dari Harvard Universiti serta mempunyai ramai pegawai boleh terlepas pandang pada angka yang sangat penting ini,” katanya.


Menurut Azhar, selepas semakan keatas dokumen berkaitan Hoch Standard Pte Ltd hanya mendapati saham berbayar hanya USD$1,000.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page