Jetama sumbang RM100,000 dan 1,500 kotak kurma untuk Ramadan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jetama sumbang RM100,000 dan 1,500 kotak kurma untuk Ramadan


4 April 2023

By Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd telah menyumbang RM100,000 dan 1,500 kotak kurma untuk Ramadan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Kerajaan Negeri Sabah pada Isnin.


Sumbangan itu diserahkan oleh Pengerusi Jetama, Datuk Yussof Abd. Manan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Sri Gaya, di sini.


Sumbangan itu akan diagihkan kepada pelbagai organisasi yang terlibat dalam aktiviti kebajikan dan keagamaan sempena bulan suci ini.


Sebelum itu, Ketua Menteri turut membincangkan isu bekalan air dengan pihak Jetama.


Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan itu ialah Timbalan Pengerusi Jetama, Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar, Lo Ho Min.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page