top of page

JIM Hantar Pulang 397 PATI Indonesia

  • nabalunews
  • 14m
  • 1 min read

ree

5 Disember 2025


KOTA KINABALU: Seramai 397 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berjaya dihantar pulang dalam Program Pemindahan Siri 21/2025, semalam.


Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, penghantaran melibatkan seramai 286 lelaki, 76 wanita, 31 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan empat bayi berusia bawah 23 bulan.


Katanya, semua PATI ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan sebelum dipindahkan menggunakan pengangkutan laut terus ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

ree

“Semua purata umur bagi tahanan yang terlibat pemindahan kali ini adalah antara berusia tiga hari sehingga 78 Tahun.


“Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing melalui laut dengan menggunakan kemudahan kapal Feri Francis Express, Labuan Express dan Purnama Express.,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, sehingga kini, seramai 2,251 tahanan warganegara Indonesia sudah dihantar pulang, menjadikan jumlah besar iaitu seramai 10,212 orang dipindahkan balik ke negara asal melalui pengangkutan laut dan udara.

ree

“Semua tahanan PATI telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang- undang yang telah ditetapkan dan mempunyai Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang dikeluarkan pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Negeri Sabah.


Sehubungan itu, SH Sitti Saleha menegaskan kerjasama dan keprihatinan pihak kedutaan amatlah diperlukan bagi memastikan proses pemindahan tahanan ke negara asal dapat dilaksanakan segera dan teratur.


“Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana majikan yang melindungi pekerja asing tanpa dokumen yang sah.


“Majikan boleh dikenakan hukuman berat mengikut Akta Imigresen 1959/63 termasuk denda sehingga RM50,000, hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan bersubahat atau melindungi pendatang tanpa izin (PATI),” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page