JIM Tahan 18 PATI
- nabalunews
- Jun 23, 2025
- 1 min read

22 Jun 2025
KINABATANGAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berjaya menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Pakistan menerusi Ops Sapu yang dilaksanakan sekitar daerah ini, baru-baru ini.
Operasi yang dilaksanakan melibatkan 21 anggota dan pegawai Imigresen Sandakan dan berjaya memeriksa seramai 23 warga asing.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi JIM Sabah berkata, hasil pemeriksaan mendapati 18 individu lelaki dewasa yang diperiksa gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.
Katanya, semja PATI terbabit terus ditahan selepas disyaki melanggar pelbagai kesalahan imigresen.
“Semua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“JIM Sabah terus komited membanteras kehadiran PATI di negeri ini dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji warga asing tanpa izin,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI di kawasan masing-masing bagi membolehkan tindakan segera diambil.















Comments