top of page

JKKK Tambulion Ulu Tingkat Kesiapsiagaan Kebakaran, 5 Premis Terima Alat Pemadam Api

nabalunews
Aug 8
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 8 Ogos – Sebanyak lima buah premis utama di Kampung Tambulion Ulu kini dilengkapi dengan alat pemadam api selepas satu majlis penyerahan rasmi diadakan di Balai Raya Kampung Tambulion Ulu, semalam, bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan komuniti terhadap risiko kebakaran.


Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Kampung, Daiman Basinau, dan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Boniface @ Doni Jiran, serta Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Handly Sekukut.


Antara penerima sumbangan ialah Tadika KEMAS B, Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) , Skim Rondaan Sukarela (SRS) Tambulion Ulu, Balai Raya Tambulion Ulu, dan Dewan Tamu Desa Ginorowong Tambulion Ulu.


Menurut Boniface, inisiatif tersebut merupakan langkah proaktif bagi memastikan setiap kemudahan awam dan premis strategik di kampung dilengkapi dengan peralatan keselamatan asas, sekaligus melindungi penduduk setempat daripada sebarang kemungkinan bencana kebakaran.


Sementara itu, pihak JKKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, atas sumbangan serta sokongan berterusan yang menjayakan program berkenaan.


Majlis diakhiri dengan komitmen bersama seluruh warga kampung bagi merealisasikan aspirasi: "Bersama kita membangunkan Kampung Tambulion Ulu yang lebih maju, harmoni dan sejahtera."

 
 
 

3 Comments


arkell1987
2 days ago

A useful aspect of this platform is that it does not force a rigid structure on your content, allowing you to shape it as you go. For people who prefer flexible note-taking, the site's approach might be exactly what you need. It supports a more organic way of building up information over time, which can be beneficial for complex projects.

Like

arkell1987
5 days ago

Choosing software by job function rather than by product name often leads to more practical decisions. This explorer organizes tools according to the tasks you need to accomplish, which makes it easier to compare apples to apples. Whether you are looking for something for a specific role or a general category, the layout supports quick scanning. For a task-oriented approach, browse the job-based software directory to find relevant options.

Like

arkell1987
Aug 21

For those who prioritize efficiency, the technical specifications of an AI assistant are often the deciding factor. This page delivers a detailed look at a specific tool's performance, including its memory usage and startup time, providing concrete numbers for comparison. The inclusion of comparisons with other projects like NanoBot adds further context. This performance-focused review is worth a read if you're in the market for a lightweight solution.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page