top of page

JKM Matunggong cari waris bayi perempuan

Wartawan Nabalu News


8 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pejabat Kebajikan Daerah Matunggong sedang mengesan keluarga atau waris seorang bayi perempuan berusia 2 bulan 8 hari.


Pelindung dari Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Matunggong Connie Jikisoi sedang menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengadu oleh ibu kandung kanak-kanak itu.


“Ibu kanak-kanak Thyana Ashley itu dipercayai bernama Sheron, telah meninggalkan bayi berkenaan pada 28 April 2022 pukul 5.00 petang di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Tinangol, Kudat.


“Sehingga kini, pelindung masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak tersebut.


“Pelindung memohon kepada sesiapa yang mengetahui kanak-kanak ini supaya tampil membantu siasatan, sepertimana dibawah peruntukan seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan) 2016,” katanya.


Maklumat lanjut, hubungi Pelindung Daerah Matunggong melalui talian 088-613 793.


header.all-comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page