Juara pelari gunung antara pesaing utama KAR Ultra, hujung bulan ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Juara pelari gunung antara pesaing utama KAR Ultra, hujung bulan ini



7 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Hampir 700 pelari termasuk juara-juara pelari gunung maraton dan denai di Sabah akan bersaing dalam larian mencabar Kadamaian Adventure Race 2022 (KAR Ultra 2022) pada 30 dan 31 Julai ini.


Acara larian sejauh 9km, 32km dan 70km itu akan bermula di Kg.Melangkap Baru melibatkan jalan denai dan sungai di mana para peserta akan melalui kawasan eko pelancongan yang menarik di beberapa kampung dalam kawasan Kadamaian.


Pengarah KAR Javadius Bollah berkata, selain peserta tempatan, ada beberapa peserta luar negara yang bekerja di Sabah turut mengambil bahagian dalam acara itu.


Beliau berkata, laluan 70km sebahagian besarnya adalah laluan baru yang menampilkan pemandangan menarik sepanjang 30km pertama.


“Kami gembira kerana pada hari ini Asia Trail Master mengumumkan secara rasmi KAR 2022 sebagai ‘Candidate Race 2022’ dan jika semuanya berjalan lancar KAR akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam kalender kejohanan ATM Championship tahun 2023,” katanya.


Asia Trail Master adalah siri perlumbaan larian denai yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Asia berpusat di Hong Kong.

bottom of page