Jumlah kes baharu Covid di Sabah turun kepada 751 kesJumlah kes baharu Covid di Sabah turun kepada 751 kes
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jumlah kes baharu Covid di Sabah turun kepada 751 kes



27 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini menurun 327 kes iaitu 751 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 195,015 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 berkata, trend penurunan angka jangkitan tersebut selari dengan penurunan kes di 18 daerah termasuklah di bandar-bandar utama.


“Antara daerah yang mencatatkan trend penurunan hari ini ialah Lahad Datu sebanyak 50 kes (-81 kes), Ranau sebanyak 17 kes (-52 kes), Keningau sebanyak 51 kes (-51 kes), Penampang 36 sebanyak (-28) kes dan Sandakan sebanyak 60 (-21) kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama bagi keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 366 kes manakala saringan bergejala mempunyai 232 kes, saringan kluster sebanyak 46 kes, dan 106 kes melalui saringan lain-lain.


Bagi bilangan pesakit sembuh termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) ialah sebanyak 1,273 orang, menjadikan jumlah kumulatif 174,723 orang.


"Seramai 3,362 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,247 orang di hospital, 2,069orang di PKRC Awam, 38 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala lapan orang di fasiliti swasta.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 150 orang merangkumi 130 di ICU serta 20 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 52 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Tiada Kluster Covid-19 baharu direkodkan di Sabah hari ini.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page