top of page

Junik tawar lapan teras manifesto pembangunan holistik Melalap

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 2 min read

ree

20 November 2025


KOTA KINABALU: Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Junik Bajit, hari ini memperincikan manifestonya “Melalap First, Bangkit Bersama” sebagai komitmen membawa pembangunan menyeluruh ke kawasan itu.


Beliau berkata, manifesto itu merangkumi pendidikan, pemerkasaan golongan belia, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan asas, gerakan bencana, sokongan keusahawanan, kebudayaan, serta kebajikan komuniti.


Dalam agenda pendidikan, Junik menekankan kepentingan penganjuran Bengkel Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), penubuhan Tabung Pendidikan Anak Melalap serta pemberian sumbangan khusus kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai sokongan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkualiti.

ree

Bagi pembangunan belia, katanya tumpuan diberikan kepada akses pendidikan berkualiti menerusi latihan teknikal dan kemahiran (TVET) bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja.


Pada masa sama, Junik bertekad untuk memperkasa suara belia dalam komuniti khususnya dalam pembuatan keputusan serta meningkatkan penglibatan golongan itu dalam organisasi tempatan.


Dalam aspek bekalan asas, beliau berjanji meningkatkan kapasiti air terawat di kawasan luar bandar dan menambah pemasangan lampu solar di kawasan Melalap.


Selain itu, beliau turut mencadangkan penambahan pusat pemindahan sementara yang lebih lengkap bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana.


Pemerkasaan sektor keusahawanan turut diberi tumpuan dengan cadangan inisiatif tabung usahawan belia Melalap, penyediaan ruang niaga kepada penjaja kecil di tamu desa, serta program bimbingan belia yang ingin mengusahakan tanah pertanian.


Sementara dari segi infrastruktur, beliau bertekad menaik taraf jalan luar bandar, laluan kebun dan jalan kampung bagi memastikan kemudahan asas lebih baik dinikmati penduduk.


Dalam hal kebudayaan pula, beliau mahu memperkasakan budaya dan bahasa etnik Tenom, selain memperhebat promosikan produk kraftangan tempatan.


Aspek kebajikan turut menjadi keutamaan dengan cadangan antaranya penyediaan rawatan hemodialisis percuma bersasar, pemberian tunai untuk kelahiran sulung, bantuan rumah ibadat, serta pembangunan projek komuniti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page