Junsim Ruminzing dipilih ketua baharu Bahagian UPKO Kudat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Junsim Ruminzing dipilih ketua baharu Bahagian UPKO Kudat


Ewon (tiga dari kiri), Junsim (dua kiri) dan Edbery (dua dari kiri) bergambar bersama selepas mesyuarat itu.


4 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


BENGKOKA: Bekas calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada pilihanraya lepas Junsim Ruminzing dipilih menerajui parti itu di Bahagian Kudat bagi sesi tahun 2022-2025.


Junsim mengambil alih tanggungjawab itu daripada abangnya Mapaham Ruminzing. Manakala Timbalan Ketua Bahagian pula disandang oleh Jairie Magandun menggantikan Jack Soon yang meletakkan jawatan.


Junsim berkata, menjadi seorang pemimpin bukannya mudah kerana banyak cabaran perlu dilalui selain memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.


“Begitu juga dalam bidang politik, menjadi seorang pemimpin untuk membawa pembangunan dan kemajuan rakyat banyak cabaran kita perlu hadapi.


“Bagaimanapun saya yakin dalam perjuangan UPKO, kita dapat sama-sama memajukan rakyat kawasan ini yang sejak dahulu dikenali antara daerah termiskin di Malaysia.


“Sebab itu antara perjuangan UPKO di kawasan ini ialah untuk memperjuangkan kehendak dan keperluan rakyat seterusnya memajukan kawasan ini,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Kudat, di Dewan Kg.Sinukab Pitas, di sini, hari ini.


Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden UPKO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Junsim turut memuji cara kepimpinan Adun Kadamaian itu yang amat tersusun sehingga berjaya membawa banyak pembangunan di kawasan Kadamaian walaupun dalam tempoh yang singkat berada dalam kerajaan.


“Saya pelajari cara kepimpinan, kebertanggungjawaban dan kejujuran beliau (Ewon) melaksanakan tugas mengangkat keperluan rakyat kepada pihak kerajaan,” katanya.


Junsim juga berharap parti itu dapat menawan kerusi DUN Bengkoka pada pilihan raya akan datang.


Pada pemilihan parti Bahagian Kudat, Edbery Kohiya dipilih Ketua Pemuda UPKO, Jannifer Julin (Ketua Wanita) dan Riezol Sidu dipilih sebagai Ketua Generasi Muda (GEM) yang baharu bagi sesi 2022/2025.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page