top of page

"Kaamatan Wadah Penyatu Komuniti" – Hadlee Mewakili Ewon di Kampung Rangalau

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


2 Jun 2026


KOTA BELUD: Seramai 12 buah kampung di daerah ini mengadakan sambutan Pesta Kaamatan secara serentak semalam, termasuk di Dewan Komuniti Kampung Rangalau yang turut dihadiri lebih 200 penduduk setempat.


Pesta Kaamatan 2026 peringkat kampung tersebut dirasmikan oleh Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Hadlee Panchai, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Kehadiran Hadlee adalah bagi menggantikan Ewon yang tidak dapat hadir kerana perlu merasmikan sambutan Kaamatan di empat buah kampung lain dalam masa yang sama pada hari yang sama.

Dalam ucapan perasmiannya, Hadlee memohon maaf atas ketidakhadiran Ewon dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rangalau serta penduduk atas penganjuran yang mantap.


"Kaamatan merupakan wadah penting dalam menyatupadukan komuniti," ujar Hadlee, sambil memuji semangat kekitaan dan perpaduan yang terserlah sepanjang program berlangsung.


Pengerusi JKKK Kampung Rangalau merangkap Pengerusi Penganjur, Apin@Ariffin Sigat, turut mengucapkan terima kasih kepada wakil perasmi serta semua pihak yang menjayakan sambutan tersebut.


Antara pengisian program ialah Pertandingan Unduk Dazanak, Pertandingan Nyanyian Kanak-Kanak dan Dewasa, pertandingan Pakaian Terbaik, serta cabutan tiket bertuah.


Sambutan yang berlangsung meriah itu turut dihadiri oleh Penyelia UPPM Kadamaian, Joel Ewel Deukin, ketua-ketua komuniti dan penduduk dari kampung sekitar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page