Kabinet baharu: Mustapha Sakmud, Arthur Joseph dilantik Menteri
- nabalunews
- Dec 16, 2025
- 1 min read

16 Disember 2025
PUTRAJAYA: Pengerusi PKR Sabah yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri turut mengumumkan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik menjadi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi mengisi kekosongan portfolio itu, susulan peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Julai lepas.
Arthur yang sebelum ini Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan digantikan oleh Datuk Chang Foong Hin yang bertukar portfolio daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Menerusi perlantikan berkenaan menjadikan tiga menteri penuh mewakili Ahli Parlimen Sabah berbanding sebelumnya iaitu Datuk Armizan Mohd Ali selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Datuk Ewon Benedick di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang kemudiannya meletak jawatan.
Sementara itu, pelantikan baharu menyaksikan Ahli Parlimen Tawau dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Lo Sui Fui diumum sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Selain itu, dua Timbalan Menteri turut bertukar portfolio dengan Datuk Muhamad Alamin dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, manakala Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia.
Seorang lagi Timbalan Menteri yang ditukarkan portfolio ialah Datuk Chan Foong Hin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Seorang lagi aktivis yang berasal dari Sabah, Marhamah Rosli dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Manakala, wakil tunggal Parti Warisan Sabah, Datuk Yusof Apdal kekal sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.















Comments