Kadar vaksinasi rakyat Sabah terendah berbanding negeri-negeri lain

5 Ogos 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALu: Sabah mencatatkan sebanyak 976,109 orang atau 25.0 peratus daripada jumlah populasi di negeri menerima dos 1 vaksin setakat pukul 11.59 malam, 4 Ogos 2021.
Berdasarkan sumber daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), jumlah kumulatif penerima Dos 2 vaksin di Sabah seramai 424,732 orang atau 10.9 peratus.
Secara keseluruhannya, Sabah antara negeri merekodkan peratusan terendah dari segi pemberian dos vaksin berbanding negeri-negeri lain di negara ini.
Negeri yang mencatatkan peratusan tertinggi menerima Dos 1 ialah Lembah Klang iaitu 72.0 peratus atau 6,066,032 orang daripada jumlah populasi di negeri itu dan penerima Dos 2 pula 31.8 peratus atau 2, 676,746 orang jumlah kumulatif.
Jumlah kumulatif pemberian Dos 1 dan 2 vaksin Covid-19 seluruh Malaysia setakat 4 Ogos ialah sebanyak 22,646,581 orang.
Comments