top of page
nabalunews

Kajian berterusan penting bagi memastikan negara menghadapi cabaran perubahan iklim



4 November 2024


KUCHING: Malaysia komited dalam menjalankan kajian berterusan mengenai komponen aerosol sebagai langkah meningkatkan kualiti udara dan kesiapsiagaan menghadapi perubahan iklim.


Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii, menekankan bahawa kerjasama antara saintis, penggubal undang-undang, dan pemain antarabangsa amat penting dalam usaha ini.


Kajian berterusan dalam komponen aerosol di Malaysia penting dalam usaha meningkatkan mutu udara.


Jelas beliau, ia juga memastikan negara bersedia menghadapi cabaran perubahan iklim.


Huang berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidangan Aerosol Asian ke-13 hari ini.

Comments


bottom of page