top of page

Kaki Dan Tangan Dipercayai Mangsa Bunuh Ditemui

  • nabalunews
  • Feb 12
  • 1 min read

12 Februari 2026


KOTA KINABALU: Dua anggota mangsa yang dipercayai dibunuh sebelum dikerat, ditemui dibuang di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, di sini, pagi tadi.


Anggota tangan kiri dan kaki kanan ditemui dipercayai wanita berdasarkan serpihan pakaian yang masih kelihatan dipakai mangsa.


Menurut sumber, serpihan mayat berkenaan ditemui pekerja pembersihan yang menjalankan kerja rutin harian mengambil sampah dari pusat pembuangan sampah.

Bagaimanapun katanya, pekerja terbabit kemudiannya menyedari terdapat kaki dan tangan manusia dibuang di dalam salah satu tong sampah berkenaan.


“Anggota badan manusia itu dipercayai dipotong sebelum dibalut atau dimasukkan ke dalam plastik sampah hitam sebelum dibuang ke tong sampah.

“Siasatan dilokasi mendapati hanya satu anggota kaki hingga ke paha dan tangan hingga ke bahu dibuang di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihak polis sudah mengangkat serpihan tubuh mangsa yang ditemui untuk dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut diteruskan dam sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page