top of page

Kampung Pangkalan Abai dilaksanakan PKPD bermula 25 September ini

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 23, 2021
  • 1 min read

Gambar fail

23 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 25 September hingga 8 Oktober ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini ialah sebanyak 23 lokaliti dengan jumlah PKPD aktif yang tertinggi di Ranau dengan empat lokaliti," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Tambah beliau, lima lokaliti PKPD melibatkan daerah Ranau, Keningau, Beluran dan Kudat juga akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 24 September ini.


"Lokaliti tersebut ialah Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman di Ranau, Sekolah Henry Gurney di Keningau, Taman Sungai Labuk di Beluran, serta Kampung Timug di Matunggong, Kudat" katanya.


PKPD ditamatkan di lokaliti berkenaan setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, kata Masidi.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page