top of page

Barang Kosmetik Seludup Dirampas

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

21 Mei 2025


KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas pelbagai barang kosmetik yang dipercayai diseludup masuk tanpa kebenaran di sekitar daerah Penampang, Isnin lalu.


Semua barangan bernilai lebih RM57,000 itu dipercayai tidak mempunyai sebarang kelulusan menyimpan atau menjual daripada pihak Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM).


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, pasukan operasi menyerbu senuah rumah di Taman Puluduk, Jalan Penampang Lama.


Katanya, hasil serbuan, pihaknya berjaya merampas 74 kotak yang mengandungi pelbagai barangan kosmetik.


“Semua barangan kosmetik itu disyaki tidak mempunyai sebarang kelulusan menyimpan atau menjual daripada pihak KKM.


“Semua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM 57,252 dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik (PKDK) 1984 kerana menjual atau membekalkan kosmetik yang tidak bernotifikasi dengan KKM.


Sehubungan itu, Nazri menegaskan PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan Negara.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page