Kampung Tambulion Ulu Perkasa Keselamatan Komuniti Menerusi SRS
- nabalunews
- Aug 5
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 5 Ogos – Penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Tambulion Ulu bagi penggal 2026-2029 mendapat sokongan padu daripada komuniti setempat, dengan seramai 35 penduduk menyertai sesi taklimat awal yang berlangsung di Dewan Terbuka kampung pada 20 Julai lalu.
Taklimat anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tambulion Ulu itu disampaikan oleh Pegawai Perpaduan Kota Belud, Loveverinus Dell Jailih.

Beliau memaklumkan bahawa objektif utama penubuhan SRS adalah untuk mengurangkan kadar jenayah, membantu penguatkuasaan undang-undang, serta melindungi nyawa dan harta benda penduduk.
Loveverinus menjelaskan bahawa inisiatif ini bukan sahaja mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu keselamatan, malah turut memupuk semangat kejiranan dan kerjasama erat dalam kalangan komuniti.
Para peserta yang hadir turut menyatakan persetujuan dan komitmen penuh untuk merealisasikan persekitaran kampung yang lebih selamat dan harmoni.
Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambulion Ulu, Boniface @ Doni Jira, Ketua Kampung, Daiman Bansinau, Pengerusi KRT, Handly Sekukut, serta Ketua SRS, Kaunsin Pahua.
Dalam program yang sama, Loveverinus turut merasmikan Bilik Gerakan SRS Tambulion Ulu. Program berkenaan menjadi pemangkin kepada penubuhan rasmi SRS yang akan berkuat kuasa mulai tahun 2026 hingga 2029.















Comments