top of page

Kampung Tinata dan Tinata Ulu terima sumbangan alat pemadam api

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 1 min read

Oleh Kidd

9 Ogos 2026


KOTA BELUD: Kampung Tinata dan Tinata Ulu menerima sumbangan alat pemadam api daripada Pusat Khidmat ADUN Kadamaian bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kesiapsiagaan penduduk sekiranya berlaku kejadian kebakaran.


Sumbangan itu diserahkan oleh Pemaju Mukim Hadlee Panchai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Penyerahan dilakukan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinata dan Tinata Ulu di Dewan Terbuka Tamu Desa Tinata, di sini, pada 9 Ogos lalu.



Pengerusi JKKK Kampung Tinata dan Tinata Ulu, Moston Tambakah, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Ewon atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan kepada pihak pentadbiran kampung.


Beliau turut berharap perhatian terhadap keperluan masyarakat setempat dapat diteruskan dari semasa ke semasa.


Sumbangan berkenaan dilihat sebagai langkah proaktif bagi membantu pihak pentadbiran kampung meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan berlaku kecemasan, khususnya kejadian kebakaran.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page