top of page

Kampung Togop Ranau berpotensi jadi tarikan pelancong

Wartawan Nabalu News
Oct 9, 2023
1 min read

8 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Kampung Togop di sini berpotensi dijadikan sebagai antara destinasi pelancongan menarik di Sabah, kata penyelaras UPKO DUN 36 Kundasang, Rogers Tiam.


"Kampung Togop mempunyai keindahan alam semula jadi yang unik dan menarik. Antara tarikan di sini ialah bukit Tuminonduk, mata air masin bukit dan tagal sungai kepuakan," katanya.


Rogers berkata, beliau menyokong penuh cadangan penduduk untuk mengembangkan produk pelancongan di kampung mereka.

Oleh itu, beliau bersetuju memberikan sumbangan awal bagi memacu pelaksanaan cadangan penduduk kampung tersebut.


Program santai rekreasi itu dihadiri lebih kurang 40 belia kampung Togop yang diketuai oleh Thomas Yohanes.


Selain mendaki bukit dan melawat mata air, program itu juga menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan antara pemimpin dan rakyat dalam pelbagai aspek termasuklah keperluan belia, pendidikan dan kemudahan asas.


Dalam program tersebut, Rogers turut menyampaikan sumbangan daripada UPKO berupa peralatan sukan kepada penduduk kampung.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page