top of page

KAR Ultra 2022, Julai ini lebih mencabar

Wartawan Nabalu News


21 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kadamaian Adventure Race 2022 (KAR Ultra 2022) kini kembali selepas tertunda selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19.


Pengarah KAR Javadius Bollah berkata, tahun ini KAR akan mempertandingkan acara 9km, 32km dan 70km bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita terbuka pada 30 dan 31 Julai ini, di Melangkap Baru.


Beliau berkata, laluan 70km sebahagian besarnya adalah laluan baru di mana ia akan menampilkan pemandangan yang cukup menarik sepanjang 30km yang pertama.


"Jarak 70km dan 32km ini dalam proses memohon bagi mendapatkan kelulusan 'UTMB qualification' iaitu salah satu badan antarabangsa yang terlibat dalam memberi point kepada para peserta yang ingin merasai kejohanan larian bersiri UTMB dan berprestij dibawah kelolaan mereka," katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Javadius berkata, sebelum larian utama berlangsung satu larian mini KAR dikenali sebagai Lambaian Bogung akan diadakan pada 28 Mei 2022, di Dewan Lontupak View, Kg.Purak Ogis.


"Jumlah peserta adalah terhad kepada 200 peserta sahaja,” katanya.


Katanya lagi, tahun ini pihaknya hanya mensasarkan kira-kira 600 peserta berbanding 1,000 peserta pada penganjuran KAR sebelum ini bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


Hampir keseluruhan acara larian melibatkan jalan denai dan sungai di mana peserta akan melalui kawasan eko pelancongan yang menarik di beberapa kampung dalam kawasan Kadamaian.


Pendaftaran secara dalam talian kini dibuka sekarang. Maklumat lanjut hubungi ahli jawatankuasa penganjur 019 942 5360 (Miche), 016-282 8241 (Cter), 016-837 3483 (Kudther) atau 019-860 2692 (Java).



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page