Karnival Aidilfitri Parlimen Sandakan
- nabalunews
- Apr 4
- 1 min read

4 April 2025
SANDAKAN: Karnival Aidilfitri Parlimen Sandakan akan diadakan di perkarangan Pasar Kampung Sim-Sim, di sini, pada esok (Sabtu) bermula jam 5 petang hingga 10 malam.
Pengerusi Penganjur merangkap Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sandakan, Tang Szu Ching, menerusi satu kenyataan di sini berkata, pelbagai acara menarik juga bakal berlangsung pada acara berkenaan.
Katanya, antara pengisian ditetapkan termasuk Program Jualan Rahmah yang akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 2 petang dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan asas harian pada harga berpatutan.
“Manakala pada sebelah malam, turut diadakan pertandingan fesyen baju raya ibu dan anak, tarian tradisional, persembahan lompang, pertunjukan bunga api serta persembahan artis tempatan.
“Antaranya Dj Diddy, Joy Bintang RTM 2024, Zuana Zulmat, Syima Syifa dan Busker Simpang Tiga bermula jam 5 petang hingga 10 malam,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara berkenaan yang akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.
Opmerkingen