Karnival Tanglung Penampang raikan kepelbagaian, perkukuh perpaduan – Ewon

27 Sept 2026
PENAMPANG: Karnival Tanglung Penampang 2026 menjadi wadah untuk meraikan kepelbagaian etnik dan memperkukuh perpaduan masyarakat di daerah ini, kata Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, penganjuran sambutan kebudayaan dan perayaan agama secara bersama merupakan inisiatif tahunan yang dilaksanakannya sejak menjadi Ahli Parlimen Penampang sejak 2022.
“Inisiatif ini bertujuan menghormati dan meraikan kepelbagaian etnik di Penampang. Saya berharap ia terus memperkukuh perpaduan, keharmonian, kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan karnival itu di Buhavan Square, Donggongon, di sini, semalam.

Karnival itu dianjurkan bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Penampang, Persatuan Kebajikan Kapitan Cina Sabah dan Persatuan Kebajikan Cakna Masyarakat Tiong Hwa Penampang dengan peruntukan RM100,000.

Mengenai pembangunan Penampang, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, beliau akan terus memberi perhatian kepada keperluan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan itu, selain memastikan penduduk setempat mendapat manfaat daripada inisiatif pembangunan ekonomi serta perindustrian kerajaan negeri.















Comments