top of page

Kebakaran : 3 rumah musnah di Tawau

nabalunews



3 Disember 2024


TAWAU: Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Muhibbah Raya, Lorong Muhibbah 6, di sini, petang Isnin.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.18 petang.


Katanya 19 pegawai dan anggota bersama dua jentera, water tanker serta kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 6 kilometer dari balai.


Katanya kebakaran membabitkan tiga rumah kediaman iaitu dua musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 70 peratus.


“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan dengan sumber air dari jentera,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.


Menurutnya, operasi terkawal pada jam 5.56 petang dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.


“Pemadaman masih dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Comments


bottom of page