top of page

Kebakaran Rumah di Kg. Gonok: 50 Peratus Musnah, Tiada Kecederaan

  • nabalunews
  • Apr 7
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


7 April 2026


KOTA BELUD: Sebuah rumah milik seorang petani, Crassidy Ginsos, yang menanggung tujuh ahli keluarga, mengalami kebakaran kira-kira jam 4.00 pagi hari ini di Kampung Gonok, Kota Belud.


Kejadian tersebut mengakibatkan kira-kira 50 peratus struktur rumah musnah, dengan bahagian dapur terbakar sepenuhnya.


Menurut maklumat awal, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dan mempunyai lima orang anak tidak mengalami sebarang kecederaan, dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Namun, kebakaran itu telah memusnahkan hampir keseluruhan peralatan memasak serta peralatan berkebun, termasuk mesin pemotong kayu milik keluarga berkenaan.

Sehubungan itu, satu lawatan kebajikan telah diadakan bagi meninjau keadaan mangsa. Lawatan tersebut dihadiri oleh Pemaju Mukim, Clarance Somuil dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gonok, Md. Azmizan Alim.


Lawatan berkenaan bertujuan menilai situasi sebenar mangsa serta menyalurkan bantuan awal kepada keluarga terjejas. Pihak berkaitan turut menyatakan komitmen untuk membantu meringankan beban mangsa yang kini berdepan kesukaran akibat kehilangan sebahagian besar kediaman dan keperluan harian mereka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page