top of page

Kem Kesihatan Kg Sayap Galak Gaya Hidup Sihat, Kukuh Semangat Komuniti

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

ree

11 Oktober 2025


KOTA BELUD: Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Caryle Lajimin, hari ini mewakili Datuk Ewon Benedick bagi merasmikan Kem Kesihatan Kampung Sayap 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud, bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sayap.


Program julung kali ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Masakan Sihat, Rubik Cube Pantas, Susun Puzzle Pantas, Bola Tampar Giant Ball dan Perlumbaan Dalam Kehidupan. Turut diadakan ialah pelbagai saringan kesihatan termasuk Pap Smear, iBreast, pemeriksaan pergigian, derma darah, dan pemeriksaan mata, selain pameran kesihatan daripada Unit Fisioterapi, Sains Pemakanan dan Farmasi.


Dalam ucapan perasmiannya, Caryle menegaskan kepentingan penganjuran program kesihatan komuniti sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat serta mencegah penyakit di peringkat akar umbi. Beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap agenda Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat sebagai teras pembangunan negara.

ree

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, termasuk petugas kesihatan, sukarelawan dan penduduk kampung yang hadir beramai-ramai.


“Marilah kita terus memupuk keprihatinan terhadap kesihatan diri, keluarga dan komuniti. Kesihatan yang baik adalah asas kepada kemajuan bangsa dan negara,” katanya mengakhiri ucapan perasmian.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page