top of page

Kemalangan Jalan Paris 2: Satu Maut, 11 Cedera.

  • nabalunews
  • Sep 15
  • 1 min read

ree

15 September 2025


KINABATANGAN: Seorang maut, manakala 11 lagi parah selepas sebuah ambulans bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di Jalan Paris 2, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi dipercayai akibat kecederaan parah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 11 pagi sebelum mengerahkan lima anggota ke lokasi itu.

ree

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mengeluarkan semua 12 mangsa melibatkan empat daripada ambulans dan lapan lagi mangsa dari van penumpang.

ree

“Seorang mangsa yang berada dalam ambulans disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Bagaimanapun setakat ini, maklumat mangsa masih belum diperolehi.

ree

“Operasi ditamatkan selepas memastikan keadaan di lokasi selamat dan tiada risiko susulan,” katanya ketika dihubungi di sini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page