top of page

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Akan Diteliti - Jabatan Peguam Negara

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

18 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu setelah menerimanya kelak sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, berkata, antara perkara yang menjadi pertikaian adalah tafsiran undang-undang ke atas Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.


“Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan antara lain bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah hendaklah menjalankan satu lagi kajian semula Pemberian Khas Negeri Sabah bagi tahun 1974 sehingga tahun 2022.

ree

“Antara perkara yang menjadi pertikaian adalah tafsiran undang-undang ke atas Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.


“Jabatan Peguam Negara akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu setelah menerimanya kelak sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page