top of page
Wartawan Nabalu News

Kerajaan cadang larang penjualan rokok, produk tembakau kepada individu lahir selepas 2005



29 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk melarang penjualan rokok dan semua jenis produk tembakau kepada individu yang lahir selepas tahun 2005.


Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Khariy Jamaluddin, semasa mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sesi Ke-150 di Geneva Switzerland kelmarin.


Menurut beliau larangan itu bertujuan untuk menangani impak negatif tembakau terhadap penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD).


“Malaysia ingin menekankan peranan tembakau dalam Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).


“Jika berjaya, undang-undang ini akan dapat menghentikan generasi merokok dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005.


"Malaysia merasakan ia akan beri impak besar terhadap dalam mencegah dan mengawal NCD," katanya.


Tambah Khairy, Malaysia berharap untuk meluluskan undang-undang tersebut pada tahun ini seperti beberapa Pejabat Serantau bagi Pasifik Barat (WPRO) di negara lain.


Sekiranya undang-undang itu diluluskan mereka yang lahir pada 2005 dijangka menjadi kumpulan belia terakhir yang mempunyai akses kepada rokok.

Comments


bottom of page