Kerajaan diminta jelaskan SST eksport makanan laut
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan diminta jelaskan SST eksport makanan laut



21 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri diminta untuk memberi penjelasan berhubung sebab kenapa pemain industri perikanan dikehendaki untuk membayar cukai jualan negeri (SST) ke atas eksport makanan laut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru Datuk Junz Wong berkata tindakan tersebut bertentangan dengan persetujuan surat penggantungan SST tersebut.


Jelas beliau, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah bersetuju untuk menggantung SST dalam surat bertarikh 20 Januari tahun ini yang ditulis oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.


“Namun, pemain industri telah menerima surat daripada Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 30 Mac tahun ini, yang meminta mereka membayar SST yang bertarikh Mei tahun lalu.


Junz berkata, tindakan MOF tersebut adalah bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri.


“Ini adalah isu yang serius. Saya mohon Kerajaan Negeri memperbetulkan dan menjelaskan perkara ini,” katanya pada sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini.


Sementara itu, Junz turut menggesa kerajaan supaya menghasilkan inisiatif atau insentif untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi cabaran yang timbul daripada kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500.

bottom of page