top of page

KERAJAAN DISARAN TUBUH YAYASAN KHAS PERKASA GOLONGAN OKU

  • nabalunews
  • Dec 16, 2020
  • 1 min read

ree

16 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mewujudkan sebuah yayasan khas untuk memperkasa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan menjadikannya sebagai antara medium penyaluran bantuan terus kepada golongan istimewa itu.


Senator Idris Ahmad berkata yayasan itu juga boleh berperanan sebagai satu platform untuk golongan OKU menjalankan pelbagai aktiviti bagi menambah baik kehidupan mereka.


"Kita mahu mereka diperkasakan seperti mana kita mempunyai wakil OKU di Dewan Negara (Senator Ras Adiba Radzi). Yayasan ini perlu diwujudkan kerana apa sahaja bantuan, dana atau sumbangan dapat disalurkan terus kepada mereka kerana ramai yang bersimpati dan prihatin terhadap golongan ini.


"… dan kita juga mahu yayasan ini dikendalikan sendiri oleh golongan itu kerana hanya mereka yang faham diri mereka," katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada persidangan Dewan Negara hari ini.


Pada masa sama katanya Majlis OKU yang sedia ada juga perlu ditambah baik termasuk memberi peluang kepada golongan OKU di kawasan pedalaman untuk turut serta menjadi sebahagian ahli majlis berkenaan.


Katanya langkah itu perlu supaya mereka dapat memberi pandangan dan mengutarakan masalah yang wujud dalam kalangan mereka. – Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page