Kerajaan komited teruskan pembayaran pencen pesara
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan komited teruskan pembayaran pencen pesara


5 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Walaupun menghadapi peningkatan perbelanjaan mengurus (OE), kerajaan tetap komited untuk meneruskan pembayaran pencen kepada pesara.


Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan juga sedang membuat penambahbaikan menerusi kajian semula gaji penjawat awam dan skim pencen.


Beliau berkata, setiap tahun terdapat 32,000 pesara baharu dan kerajaan perlu membelanjakan RM31 bilion untuk membayar pencen lebih 900,000 pesara.


"Daripada jumlah itu, 768,947 pesara termasuk penerima pencen terbitan di bawah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)," katanya kepada pemberita di Forum Pencarum KWAP 2023.


Beliau juga memberitahu bahawa KWAP, yang merupakan pengurus dana ketiga terbesar di negara ini, telah menyumbang dividen sebanyak RM3 bilion kepada kerajaan.


"Sehingga Julai, dana kasar KWAP yang belum diaudit mencecah RM184.5 bilion. Lebih kurang 80 peratus dana dilaburkan di dalam negara, dan 20 peratus adalah pelaburan antarabangsa," katanya.


Ahmad menyeru KWAP untuk mengoptimumkan pelaburan mereka dengan melaburkan 40 peratus dana di dalam sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti persendirian, manakala selebihnya di dalam sektor hartanah dan ekuiti awam.


Beliau berkata, KWAP menyasarkan dana kasar mencecah RM200 bilion pada 2025 dengan pelaburan pulangan sebanyak tujuh peratus.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page